fbpx

Aaron-Wooi Yik ibarat tiada ‘jiwa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON dan Wooi Yik tewas straight-set kepada pasangan dari China pada pusingan kedua Terbuka Malaysia kelmarin.

PENGARAH Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky tanpa berselindung mengakui kecewa dengan aksi yang ditampilkan beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada kejohanan Terbuka Malaysia 2023.

Juara dunia itu gagal menggunakan kesempatan beraksi di laman sendiri apabila tersingkir pada pusingan kedua kelmarin selepas tewas 10-21, 21-23 kepada wakil China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dalam perlawanan memakan masa 41 minit.

Rexy menganggap beregu yang berada pada ranking No.3 dunia itu seolah-olah bermain tanpa ‘jiwa’ apabila membenarkan pemain lawan mengejar mata meskipun sudah mendahului 12-3 pada set kedua.

“Seharusnya bermain di ge­langgang sendiri dengan situa­si seperti ini, mereka perlu ada keyakinan. Peluang untuk mara lebih jauh itu ada, tetapi adakah pemikiran mereka sama dengan keadaan tersebut.

“Saya tengok mereka seperti orang yang tidak ada ‘jiwa’ pada perlawanan itu. Aaron-Wooi Yik seperti ‘main belasah’ sepanjang permainan sehingga sukar untuk kekal konsisten walaupun sudah mendahului set kedua,” kata pe­ngendali dari Indonesia itu.

Pada masa sama, Rexy meng­akui bahawa anak didiknya itu sepatutnya tidak membenarkan pemain lawan untuk kembali menyamakan kedudukan selepas berada dalam kedudukan selesa mendahului permainan menerusi perbezaan mata besar.

“Mereka gagal untuk mengekalkan aksi konsisten pada set kedua sehingga membolehkan lawan menyamakan kedudukan 13-13 dan ia tidak boleh diterima. Kalau tengok pemain lawan, mereka langsung tidak berikan ruang apabila sudah jauh mendahului permainan.

“Kita sepatutnya tampilkan aksi maksimum untuk kawal permainan bagi memastikan mereka tidak dapat keluarkan permai­nan sebenar. Mereka (Aaron-Wooi Yik) sepatutnya faham de­ngan perkara ini,” ujar Rexy.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan sudah dapat mengesan kelemahan anak-anak buahnya itu ketika mereka mencatat kemenangan ke atas wakil Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan pada pusingan pertama Rabu lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI