fbpx

Wanita ditipu, serah wang KWSP bapa kepada scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Seorang wanita kerugian RM38,200 selepas terperdaya dengan tawaran kerja menerusi aplikasi WhatsApp kononnya daripada laman web mencari pekerjaan terkemuka.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa berusia 26 tahun itu dikatakan menerima satu pesanan daripada WhatsApp yang mana suspek mengatakan melihat permohonan wanita tersebut di laman web berkenaan.

Menurut Ramli, mangsa ditawarkan kerja membuat semakan pada laman Google Maps dan diberikan komisyen bagi setiap tugasan tersebut.

“Pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang menerima laporan berhubung kejadian itu pada 7 Januari lalu. Mangsa mempercayainya dan membuat empat kali pemindahan wang ke dalam dua akaun bank berbeza.

“Mangsa telah menggunakan wang simpanan sendiri dan wang KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) milik ayahnya untuk kesemua transaksi yang dibuat,” katanya dalam kenyataan kepada media. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI