fbpx

Tikus dalam nasi kukus, pemilik restoran tampil beri penjelasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguatkuasa menjalankan pemeriksaan di restoran berkenaan susulan video tular pelanggan mendakwa menjumpai objek berupa tikus di dalam makanan yang dibeli di premis terbabit.

PETALING JAYA – Pemilik restoran nasi kukus yang tular berikutan dakwaan seorang pelanggan menjumpai tikus di dalam makanannya tampil memberi penjelasan.

Pemilik restoran berkenaan melalui satu hantaran di Facebook Syida Hasmid, mengesahkan terdapat pemeriksaan dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) susulan video tular itu.

Bagaimanapun katanya, hasil pemeriksaan tidak menjumpai sebarang kesan tikus atau kekotoran yang tidak elok di restoran berkenaan.

“Hasil pemeriksaan Pejabat Kesihatan memberi markah sebanyak 89 peratus terhadap tahap kebersihan kedai kami, pemeriksaan juga tidak menjumpai kesan tikus atau kekotoran yang tidak elok di premis kami.

“Namun pihak penguatkuasa kesihatan menasihati untuk ditutup pada hari tersebut untuk melaksanakan kerja kerja pembersihan premis sekali lagi,” katanya di sini, hari ini.

Jelasnya, restoran tersebut sentiasa menitik beratkan tahap kebersihan kedai malah dikategorikan sebagai premis bersih oleh KKM.

“Secara jujur pihak kami sentiasa amat menitikberatkan tahap kebersihan kedai.

“Pemeriksaan Majlis Daerah Putatan dan Jabatan Kesihatan Negeri sebelum ini pun mendapati kedai kami diketogerikan bersih, perkara ini masih dalam pemerhatian dan siasatan kami berkaitan isu sebenar apa yg terjadi, sekian terima kasih,” ujarnya.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan seorang pelanggan mendakwa makanan yang dipesan dari restoran itu mengandungi kepala tikus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI