fbpx

Tak berbaloi tinggalkan kerja penjawat awam demi bidang lakonan – Asrulfaizal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASRULFAIZAL tidak melihat bidang lakonan sebagai satu pekerjaan yang berbaloi dijadikan kerjaya sepenuh masa namun menghormati pilihan orang lain.

PETALING JAYA – Pelakon berbakat besar, Asrulfaizal enggan meninggalkan kerjaya sebagai penjawat awam hanya kerana ingin mengejar impian sebagai seorang pelakon.

Kata pemilik nama lengkap, Mohd. Asrulfaizal Kamaruzaman itu, tidak berbaloi bekerja sepenuh masa sebagai pelakon kerana baginya, dia tidak mempunyai kudrat untuk bersaing dengan pelakon-pelakon lain.

“Filem pertama saya, Budak Kelantan waktu itu saya baru bekerja di universiti awam (Universiti Malaya). Penggambaran sekitar tahun 2005. Filem tayang pada 2008, ramai tanya: ‘Nak terjun dalam bidang hiburan terus atau kerja kerajaan?’.

“Saya tak fikir panjang sebenarnya. Keputusan saya memang saya nak kerja kerajaan.

“Sebab untuk menjadi pelakon (sepenuh masa), bagi saya, seseorang itu perlu kuat bekerja. Saya pula sejenis orang yang malas bekerja,” katanya kepada Kosmo! Online usai tayangan perdana filem terbaharu lakonannya, Duan Nago Bogho.

Tambah Asrulfaizal, 42, lagi, dia tidak mempunyai masa untuk ‘kipas’ orang industri semata-mata ingin mendapatkan pekerjaan dalam bidang yang penuh dengan sepak terajang tersebut.

“Nak pergi cari dan berbaik dengan penerbit, pergi uji bakat. Keluar rumah pagi, balik rumah pagi. Anak bini tak jumpa apa semua.

“Saya rasa memang tak boleh buat kerja lakonan sepenuh masa. ‘Life’ tiada. Dan, saya saya tak rasa juga kalau saya tinggalkan kerja sekarang (pegawai kebudayaan di UM) berbaloi pendapatannya berbanding bidang lakonan.

“Saya ini memang seorang yang sangat malas bersaing. Sedangkan, dalam bidang hiburan dan lakonan, persaingan sangat hebat.

“Misalnya, kalau berlakon dalam Duan Nago Bogho, pengarah (Sabri Yunus) ada pilihan lain selain saya, memang saya akan tarik diri awal-awal,” ujarnya.

Duan Nago Bagho arahan Sabri Yunus dan dibintangi pelakon hebat lain seperti Jojo Goh, Sabri Yunus, Datuk Rosyam Nor, Sangeeta Krishnasamy serta Saidi Sabri mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 19 Januari 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI