fbpx

SKMM arah padam video bilik persalinan butik pakaian terkemuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman pelanggan di dalam bilik persalinan sebuah butik pakaian terkemuka di ibu negara.

KUALA TERENGGANU – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah mengarahkan semua pengendali platform media sosial agar menyah keluar kandungan berkaitan rakaman video di dalam bilik persalinan sebuah butik pakaian terkemuka yang tersebar luas sejak Selasa lalu.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata, pengendali platform media sosial terbabit juga telah diminta agar menutup serta-merta akaun pengguna yang didapati memuat naik video tersebut.

Nie Ching mengedar tanglung kepada masyarakat Cina di Kampung Cina, Kuala Terengganu hari ini.

“SKMM (telah) minta penyelia platform media sosial seperti Facebook, Tiktok dan Twitter untuk menurunkan dan menyah keluarkan video-video tersebut.

“Baru semalam, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadil mengadakan mesyuarat dengan Meta (pemilik platform Facebook) dan TikTok (ByteDance) bagi meningkatkan lagi perlindungan kepada semua pengguna,” katanya ketika ditemui selepas mengedar tanglung kepada masyarakat Tionghoa sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Kampung Cina di sini hari ini.

Kosmo! 11 Januari lalu melaporkan media sosial kecoh dengan penyebaran beberapa tangkap layar rakaman video di dalam bilik persalinan di sebuah butik pakaian terkemuka di Kuala Lumpur.

Lebih teruk lagi, video-video rakaman tersebut difahamkan dijual kepada orang awam di sebuah aplikasi dan turut dipromosi secara meluas di akaun media sosial dikenali @Hiddencamxx. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI