fbpx

Piala Dunia Hoki: Malaysian Tigers sudah bersedia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMADAN (dua dari kiri) enggan mensia-siakan peluangnya beraksi pada saingan kali ini kerana ia mungkin menjadi penampilan terakhir di pentas Piala Dunia. - FARIZ RUSADIO

ROURKELA – Motivasi para pemain dilihat berada pada tahap tertinggi menjelang aksi pertama Kumpulan C Piala Dunia Hoki 2023 menentang Belanda di Stadium Hoki Birsa Munda di sini esok.

Ia berdasarkan reaksi daripada setiap pemain yang tidak sabar untuk memulakan kempen mereka ketika menyertai sesi latihan terakhir di Padang 2 Pusat Latihan Hoki di Stadium Hoki Birsa Munda sebentar tadi.

Penyerang skuad kebangsaan, Muhamad Ramadan Rosli enggan berakhir dengan kekecewaan buat kali ketiga seperti penampilannya dalam edisi 2014 di The Hague dan 2018 di Bhubaneswar, India.

KETUA jurulatih, Arul Selvaraj mengendalikan sesi latihan terakhir sebelum aksi menentang Belanda di Stadium Hoki Birsa Munda esok. – FARIZ RUSADIO

Justeru, Ramadan dengan 92 kaps antarabangsa, bertekad untuk memberikan aksi terbaiknya menentang Belanda esok dan berharap dapat mengelak kekalahan 0-7 di tangan lawan itu seperti terjadi sewaktu edisi 2018.

“Tiga kekesalan saya sewaktu Piala Dunia (2018) kerana membenarkan Belanda mengatasi kami dan menjaringkan banyak gol. Kami juga mensia-siakan peluang untuk menang ke atas Pakistan dan Jerman.

“Sejak sekian lama saya berasa kecewa dengan apa yang terjadi kerana merasakan saya sepatutnya boleh memberikan yang lebih baik kepada pasukan.

RAMADAN akan membuat penampilan ketiganya di pentas Piala Dunia selepas edisi 2014 di The Hague, Belanda dan 2018 di Bhubaneswar, India. – FARIZ RUSADIO

“Kali ini saya tidak mahu mengulangi kesilapan sama memandangkan edisi kali ini mungkin menjadi penampilan terakhir saya di Piala Dunia,” katanya kepada Kosmo! selepas tamat sesi latihan sebentar tadi.

Dalam masa sama, pemain berusia 32 tahun itu berharap mereka dapat ‘mengeksploitasi’ kelemahan Belanda dalam usaha menyaingi kemampuan naib juara edisi 2018 tersebut dalam perlawanan esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI