fbpx

Pernah ketagih Coke, Yusry potong gula, nasi dua suap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENJANGKAU usia 50 tahun, Yusry mula mengambil berat tentang kesihatannya. Foto - AFIQ RAZALI

PETALING JAYA – Atas faktor usia dan juga kesedaran, penyanyi, pelakon juga penerbit filem, Datuk Yusry Abdul Halim mendedahkan dia kini tidak lagi mengambil gula dalam minuman selain mengawal selera makan.

Dedah selebriti berusia 49 tahun itu, sebelum ini dia pernah mengalami ketagihan terhadap minuman berkarbonat popular, Coca-Cola dan mengambilnya setiap hari.

“Saya pernah addicted (ketagih) dengan Coke (Coca-Cola) dan meminumnya setiap hari terutama ketika bekerja.

“Tapi sekarang saya sedar tentang kesihatan dan tidak lagi mengambil gula sama ada dalam minuman atau masakan,” katanya kepada Kosmo! Online.

Kongsi anggota kumpulan muzik rap terkenal, KRU itu lagi, ketika mula-mula memotong pengambilan gula sekitar penghujung November lalu, dia mengakui agar sukar untuk menerimanya kerana sudah terbiasa dengan makanan dan minuman manis.

“Kita dah dibiasakan dengan gula sejak kanak-kanak lagi. Jadi masa mula-mula potong gula, memang saya akui sangat susah. Ambil masa juga untuk biasakan tubuh badan,” ujarnya.

Selain memotong pengambilan gula, suami kepada aktres Lisa Surihani itu juga menyukat pengambilan nasi apabila hanya mengambil dua suap nasi setiap kali makan.

“Saya juga kurangkan nasi. Hanya makan dua suap setiap kali makan. Memang tidak kenyang pada mulanya. Tapi lama-lama okey,” jelasnya.

Yusry yang ditemui ketika sidang media Legenda Puteri Qaseh di sini, baru-baru ini berkata, dia mula sedar untuk memberi perhatian terhadap aspek kesihatan atas faktor umur apabila bakal menjangkau usia separuh abad pada tahun hadapan.

Malah, isterinya turut terkejut apabila mendapati dia memotong pengambilan gula terutama minuman berkarbonat kerana faham ketagihan Yusry terhadap minuman tersebut.

“Isteri terkejut sebenarnya bila saya berhenti minum minuman bergas. Memang saya potong habis gula.

“Berat badan saya sekarang 67 kilogram (kg) dan saya akan pastikan tidak akan melebihi 69kg,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN