fbpx

Penunggang Yamaha Lagenda hitam diburu ragut beg tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian ragut di Lorong Selamat, George Town di sini, yang tular di media sosial, hari ini.

GEORGE TOWN – Polis Daerah Timur Laut giat mengesan identiti seorang lelaki yang juga penunggang motosikal Yamaha Lagenda berwarna hitam selepas disyaki meragut beg tangan seorang wanita di Lorong Selamat, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, telah terkesan satu video kejadian ragut yang dimuat naik pengguna di laman Facebook ‘We are Malaysians’ kira-kira pukul 8 pagi tadi.

“Polis telah menerima laporan mengenai kejadian ragut ini kira-kira pukul 1.55 tengah hari semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan atas kesalahan samun mendatangkan cedera.

“Melalui rakaman kamera papan pemuka kereta milik suami mangsa, wanita itu telah diragut seorang lelaki yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda berwarna hitam.

“Lelaki tersebut menghampiri dan meragut beg tangan mangsa yang disangkut pada bahu kanannya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, akibat kejadian itu, mangsa telah mengalami kecederaan pada tangan kanan kerugian kira-kira RM2,800 dan usaha mengesan serta menangkap suspek giat dilakukan oleh pihak polis,” katanya.

Tambah Soffian, orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi balai polis terdekat atau Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI