fbpx

Pasangan kekasih ditahan tipu mangsa pelaburan sebanyak RM300,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barang yang dirampas dalam serbuan di kondominium Jalan Klang Lama, di sini, kelmarin.

PETALING JAYA – Pasangan kekasih diberkas selepas dipercayai memperdaya seorang peniaga sebanyak RM 300,000 dalam skim penipuan pelaburan visa pekerja asing di sebuah kondominium Jalan Klang Lama, di sini, kelmarin.

Mangsa yang juga lelaki berusia 33 tahun telah berkenalan dengan seorang lelaki tempatan yang menawarkan pelaburan mendapatkan visa pekerja asing.

Tertarik dengan kuntungan yang ditawarkan, mangsa dikaburi dengan pulangan wang sebanyak RM6,000 bagi setiap visa dimilikinya dan telah menyerahkan wang secara tunai serta pindahan wang sebanyak Rm300,000 untuk 50 permohonan visa pekerja asing kepada suspek.

Dalam pada itu, mangsa mendapati dirinya ditipu selepas semakan surat pengesahan penerimaan permohonan daripada imigresen yang diserahkan suspek kepadanya adalah palsu.

Suspek kemudiannya gagal dihubungi dan menghilangkan diri membuatkan mangsa bertindak melaporan kejadian itu di Balai Polis Seapark, Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, hasil maklumat dan risikian, dua suspek berjaya ditahan menerusi serbuan di dua buah unit kondominium di Kuala Lumpur, kelmarin.

“Tangkapan dibuat melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun dan seorang wanita warga asing berusia 43 tahun yang dipercayai terlibat dengan penipuan pelaburan itu.

“Kami turut merampas beberapa unit telefon pintar, sekeping passport Malaysia, kad nama dan Kad ATM,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Mohamad Fakhrudin, siasatan awal mendapati aktiviti pasangan itu bermula pada sejak April tahun lalu dan mangsa mengenali suspek melalui saudaranya.

“Suspek lelaki direman sehingga tiga hari manakala suspek wanita selama 14 hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI