fbpx

Lelaki cedera ditetak dalam kejadian samun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki yang cedera akibat ditetak dalam kejadian samun di rumahnya di Taman Seroja Jaya di Kemayan kelmarin.

BERA – Seorang lelaki cedera di bahagian lengan dan kaki selepas ditetak dalam kejadian samun di rumahnya di Taman Seroja Jaya, Kemayan di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu mangsa yang berusia 56 tahun dipercayai ditetak menggunakan parang di bahagian lengan dan kaki selepas rumahnya dipecah masuk oleh tiga individu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan N. Kumaran berkata, polis yang bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima aduan mendapati mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

“Hasil siasatan awal pihak polis mendapati suspek merupakan tiga orang lelaki bertopeng telah masuk ke rumah mangsa melalui pintu belakang dan mencederakan mangsa sebelum melarikan kenderaan milik mangsa.

“Suspek turut melarikan kenderaan jenis Toyota Fortuner bernombor pendaftaran VHG 2999 milik mangsa dan suspek dipercayai melarikan diri menaiki kenderaan perodua Myvii warna perak menghala ke Bahau, Negeri Sembilan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Kumaran kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun sehingga mendatangkan kecederaan.

Katanya, polis masih giat mengesan suspek dan pihak polis berjaya menemukan kenderaan milik mangsa di dalam kebun getah di Felda Sungai Lui, Negeri Sembilan semalam.   

“Polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini agar segera menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) bera atau balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI