fbpx

Khairuddin ucap tahniah Majlis Ulama UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairuddin (kanan) menghadiri PAU 2022 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali memuji langkah UMNO untuk menubuhkan Majlis Ulama UMNO.

Beliau yang juga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas berkata, langkah itu sesuai dengan pindaan perlembagaan UMNO 2019 yang meletakkan Islam sebagai cita-cita perjuangan UMNO.

“Alhamdulillah. Presiden UMNO (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi) dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pagi ini mengumumkan hala tuju pertama UMNO ialah menubuhkan Majlis Ulama UMNO.

“Tahniah kepada UMNO khususnya Presiden UMNO,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI