fbpx

Kapasiti air empangan di Pulau Pinang rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMPANGAN Teluk Bahang berada pada kapasiti rendah ekoran taburan hujan yang rendah sejak tahun lalu.

GEORGE TOWN – Kapasiti air di tiga empangan di Pulau Pinang kini berada pada paras rendah berikutan taburan hujan rendah sejak tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Ir. K.Pathmanathan berkata, paras air Empangan Air Itam merekodkan bacaan kapasiti 84.7 peratus, Empangan Teluk Bahang (64.1 peratus) dan Empangan Mengkuang (87.2 peratus).

“Faktor penyumbang kapasiti efektif empangan yang rendah khususnya di Empangan Teluk Bahang berpunca daripada krisis bekalan air di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua Sungai Dua.

“Masalah gangguan air itu memerlukan PBAPP memaksimumkan pelepasan air mentah dari Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang dengan tahap optimum empangan berkenaan sepatutnya melebihi 90 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, untuk rekod, operasi pembenihan awan untuk mencetus hujan ke kawasan empangan dan kawasan tadahan air tidak dijalankan pada 2022 dan adalah kritikal untuk ia dilaksanakan pada 2023.

Menurutnya, pengguna air bukan domestik harus memasang tangki simpanan untuk kegunaan 48 jam di premis mereka bagi mematuhi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan Garis Panduan Teknikal Seragam Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN UTG).

“Bagi memenuhi permintaan air semasa termasuk ketika Tahun Baharu Cina yang akan datang perbadanan tersebut akan mengoptimumkan pengeluaran air terawat di LRA Sungai Dua dan mengepam lebih banyak air terawat ke bahagian pulau dan Seberang Perai.

“PBAPP bersedia untuk melepaskan lebih banyak air daripada Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang sambil memantau rapi paras air empangan untuk sebarang kejadian yang tidak diduga,” katanya.

Selain itu, tambahnya, PBAPP juga tidak akan menjadualkan sebarang kerja paip (gangguan air berjadual) sehingga selepas Tahun Baharu Cina. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI