fbpx

Jangan letak ibu bapa dalam situasi sukar – Nora Danish

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MEREKA yang bergelar anak harus bijak menilai perkara baik atau buruk kata Nora.

PETALING JAYA – Enggan mengaitkan mana-mana isu, pelakon Nora Danish mengingatkan individu yang bergelar anak supaya tidak meletakkan ibu bapa dalam situasi sulit.

Katanya, sebagai anak, seseorang itu harus bijak membuat pertimbangan dalam memilih antara perkara baik atau sebaliknya.

“Sebagai anak kita patut tahu menilai mana yang baik dan buruk. Jangan letakkan mak ayah dalam kesukaran,” katanya menerusi perkongsian Insta Story.

Ibu kepada dua cahaya mata itu turut menegaskan tiada emak dan ayah di dunia ini yang menginginkan anak mereka terbabit dalam sebarang perkara buruk.

Kata Nora lagi, mereka juga menyayangi permata hati sehingga sanggup bergadai nyawa bagi memastikan keselamatan dan kebahagiaan darah daging.

“Tiada mana-mana bapa yang menginginkan anaknya melakukan keburukan, begitu juga dengan seorang ibu.

“Jikalau boleh buat pilihan atau mampu nampak apa yang akan terjadi pada masa hadapan, jangan kata nak dapat anak, mahu berkahwin pun tidak.

“Kita semua sedia tahu, sayangnya ibu bapa sehingga kalau boleh sanggup digantikan nyawanya, asalkan anak hidup lama dan bahagia,” luahnya.

Begitupun dalam perkongsian tersebut, pelakon siri Puteri itu seolah-olah memberi bayangan luahannya merujuk kepada kontroversi dalam dunia hiburan tempatan ketika ini.

Tidak memetik nama sesiapa, namun Nora memohon orang ramai memberikan ruang kepada pihak terbabit menyelesaikan masalah dalaman keluarga tanpa campur tangan luar.

“Saya rasa kita wajar berikan mereka ruang. Jauh lagi perjalanan kita semua. Nauzubillah min zalik.

“Semoga Allah menjaga hati, mulut, mata dan perasaan kita agar sentiasa melihat, mendengar serta mendoakan yang baik-baik,” katanya.

Malah pada masa sama, Nora juga menganggap ujian yang ditimpa seseorang itu adalah disebabkan mereka hebat selain mampu untuk menghadapinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI