fbpx

Ini bukan kegilaan lah KJ – Puad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin (kiri), Mohd. Puad.

PETALING JAYA – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd. Puad Zarkashi menempelak bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Beliau yang juga Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Johor berkata, dua jawatan tertinggi UMNO berkenaan jika tidak dipertandingkan bukan suatu kegilaan seperti didakwa oleh Khairy Jamaluddin.

“KJ (Khairy Jamaluddin) dakwa menghalang pertandingan jawatan nombor satu dan dua adalah gila. Bukankah itu keperihatinan mengikut keperluan semasa. Mana tahu Pilihan Raya Negeri (PRN) berlaku masa pemilihan parti.

“Apakah demokrasi hanya berlaku bila ada pertandingan? Bila majoriti perwakilan sokong tiada pertandingan, apakah itu bukan demokrasi? Kegilaan ialah bila semua hilang fokus dan ‘money politic’ kembali berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam Khairy Jamaluddin yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO menyifatkan tindakan lebih 100 Ketua UMNO Bahagian tidak mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu dipertandingkan pada pemilihan akan datang sebagai ‘kegilaan’.

Khairy Jamaluddin yang pernah tewas dalam pertandingan jawatan Presiden UMNO pada tahun 2018 berpandangan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai seorang pejuang yang tidak gentar bagi menghadapi pencabarnya.

Mohd. Puad berkata, Khairy Jamaluddin memaklumkan semalam beliau bertembung dengan Ahmad Zahid di Perhimpunan Agung UMNO 2020 dan Presiden UMNO itu menyatakan ‘Ready to fight’ (sedia untuk berlawan).

“Pada KJ itu bermakna Ahmad Zahid sedia dilawan untuk jawatan Presiden UMNO. Ready to fight juga ada makna lain iaitu sedia melawan musuh habis-habisan di PRN enam negeri nanti.

“Jangan timbul waktu Pilihan Raya Umum dan pemilihan parti sahaja, tetapi membisu di waktu lain,” sindirnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI