PETALING JAYA – Beberapa daerah di Johor diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga pukul 3 petang hari ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), cuaca buruk itu dijangka melanda sekitar Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Dalam pada itu, bagi negeri-negeri lain, masih tiada sebarang laporan cuaca buruk mahupun amaran ribut petir dikeluarkan setakat ini. – KOSMO! ONLINE