PETALING JAYA – Suratan atau kebetulan. Sebuah filem Indonesia kisahnya hampir serupa dengan krisis rumah tangga Syamsul Yusof, Puteri Sarah dan Ira Kazar bakal menjengah pawagam tidak lama lagi.
Dengan judul Bismillah Kunikahi Suamimu, karya arahan Benni Setiawan dan terbitan MD Pictures tersebut pantas menuai perhatian khalayak di gelanggang media sosial.
“Penerbit Ira Kazaq (Kazar),” tulis seorang pengguna Twitter berseloroh.
“Sambungannya nanti ‘kutanam jasadmu di belakang dapurku’. Sesedap je nak nikah laki orang,” seloroh pengguna lain.
Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter lain berpendapat filem bertema sedemikian rupa sememangnya selalu dibikin produksi filem terbabit.
“Ni kalau di Malaysia ‘level’ macam syarikat David Teo. Mujur syarikat itu macam sendu sikit sekarang,” ciapnya.
Poster tertera aksi pelakon wanita sedang hamil sementelah perutnya yang membuyut diusap tangan suaminya dan orang ketiga dalam perkahwinan.
Filem yang dijangka menemui penonton 23 Februari tersebut dibintangi pelakon seperti Syifa Hadju, Mikha Tambayong dan Rizky Nazar.
Terdahulu, Puteri Sarah pernah mendedahkan, hubungan antara Syamsul dan Ira diketahuinya sehari sebelum dirinya melahirkan anak kedua, Sumayyah. – KOSMO! ONLINE