fbpx

Dua gadis Pakistan hilang rupanya mahu pergi berjumpa BTS di Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kumpulan BTS dari Korea Selatan amat diminati di Asia Selatan termasuk Paksitan. - Foto AFP

KARACHI –  Dua remaja perempuan yang dilaporkan hilang di Pakistan minggu lepas  ditemui semula pada jarak lebih 1,207 kilometer (km) dari rumah masing-masing selepas mereka cuba pergi ke Korea Selatan untuk bertemu dengan kumpulan K-Pop, BTS, kata polis seperti dilaporkan CNN semalam.

Dua gadis berusia 13 dan 14 tahun itu hilang pada Sabtu lalu dari Korangi di bandar Karachi, kata Supritendan Kanan polis, Abraiz Ali Abbasi.

Semasa pemeriksaan di rumah mereka, polis menemui diari yang mendedahkan rancangan untuk pergi ke Korea Selatan bagi menemui kumpulan BTS, kata Abbasi dalam satu kenyataan video.

“Daripada diari itu, kami melihat (ada) jadual waktu kereta api dan mereka merancang untuk melarikan diri dengan rakan mereka yang kemudian kami telah soal siasat (dengan polis).

“Kami mula menjejaki secara agresif dan mendapati mereka berada dalam tahanan polis di bandar Lahore di mana mereka telah melakukan perjalanan dengan kereta api,” katanya,

Abbasi berkata, pengaturan untuk membawa gadis-gadis itu pulang ke Karachi telah dibuat dengan penyelarasan dibuat bersama polis di Lahore.

Kumpulan BTS dianggotai tujuh pemuda dan ditubuhkan pada tahun 2010. 

Muzik K-Pop mempunyai pengikut yang ramai di seluruh dunia termasuk Pakistan dengan peminat merangkumi pelbagai kumpulan umur dan jantina,  manakala album BTS dijual di seluruh negara Asia Selatan itu. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI