fbpx

Bukan saya tentukan calon PRU15 – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid diiringi Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan di PAU 2022

KUALA LUMPUR – Pemilihan calon yang mewakili UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebelum ini bukan ditentukan oleh Presiden UMNO.

Sebaliknya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, proses tersebut melibatkan semua Perhubungan Negeri melalui pengerusinya serta rundingan dalaman baik di peringkat ‘top five’, biro politik’ serta Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

“Tidak adil juga tuduhan kononnya dalam soal pemilihan calon, Presiden bertindak bersendirian. Daripada 119 calon UMNO, hanya enam (6) sahaja yang bertukar di saat akhir, atas beberapa pertimbangan.

“Bakinya 113, adalah hasil rundingan dengan Pengerusi Perhubungan Negeri bersama ‘Top Five’,” katanya pada Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI