fbpx

Bilionair disaman pandu laju di pulau miliknya sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELLISON diberhentikan oleh polis trafik pada Oktober lalu. - Getty

HONOLULU – Salah seorang lelaki terkaya di dunia telah disaman selepas memandu laju di sebuah pulau di Hawaii yang menjadi miliknya, lapor akhbar New York Post semalam.

Mogul teknologi, Larry Ellison mengaku salah melanggar undang-undang jalan raya selepas diminta berhenti oleh polis trafik di Pulau Lanai kerana memandu laju dan melanggar arahan papan tanda berhenti.

Ellison merupakan pengasas bersama syarikat perisian komputer, Oracle dan orang keenam terkaya di dunia dengan nilai kekayaan bersih yang dianggar majalah Forbes berjumlah AS$108.3 billion (RM469.5 bilion).

Pada Oktober tahun lalu, beliau dihentikan oleh seorang polis trafik ketika sedang memandu kereta jenama Corvette berwarna jingga berhampiran Manele Road

“Sebab saya menahan kamu adalah kerana kamu melanggar arahan papan tanda berhenti dan memandu laju,” kata anggota polis kepada Ellison dalam rakaman kamera badan yang disiarkan minggu ini.

Rakaman tersebut pada awalnya diperoleh oleh laman berita Hawaii News Now.

“Jika saya bersalah, saya minta maaf,” jawab Ellison, yang membeli kira-kira 98 peratus daripada hartanah di Pulau Lanai pada harga AS$300 juta (RM1.3 bilion) lebih sedekad lalu.

Pegawai itu kemudian bertanya kepada Ellison: “Ada sebab mengapa khususnya?”

“Saya cuba pulang ke rumah untuk makan malam dengan anak-anak saya tetapi tiada alasan. Tiada alasan yang baik,” jawab Ellison.

Ellison mencari beberapa dokumen yang diminta selama beberapa minit sebelum memberitahu anggota berkenaan bahawa dia tidak membawa lesen memandunya.

Anggota  Jabatan Polis Maui yang bertugas di Pulau Lanai itu kemudian merekodkan kesalahan Ellison.

Wakil rakyat tempatan, Gabe Johnson memuji anggota polis itu kerana menguatkuasakan undang-undang walaupun terhadap Ellison selaku tuan tanah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI