fbpx

Banjir: 350 menara telekomunikasi terjejas dinaik taraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi (tengah) menyampaikan sumbangan kepada petugas Jabatan Penerangan Kelantan yang terjejas banjir di Taman Sri Dalam Rhu, Tumpat hari ini. FOTO ROHANA ISMAIL

TUMPAT – Sebanyak 350 menara telekomunikasi yang terjejas banjir sejak sembilan tahun sedang dinaik taraf dan dijangka siap selewat-lewatnya Oktober ini.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, daripada jumlah itu, ia melibatkan sebanyak 127 menara telekomunikasi yang sering dilanda banjir di Kelantan.

Menurutnya, kerja naik taraf dijalankan dengan menaikkan dan mengangkat pelantar peralatan telekomunikasi lebih tinggi bagi mengelakkan ia ditenggelami banjir.

“Apabila berlaku banjir, liputan internet terjejas ekoran masalah di menara telekomunikasi yang dinaiki air,” katanya kepada pemberita selepas melawat kediaman petugas Jabatan Penerangan Kelantan yang juga mangsa banjir dan 300 penerima di Taman Sri Dalam Rhu di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohd. Ali Hanafiah Mohd. Yunus berkata, pelantar peralatan telekomunikasi dinaikkan antara satu hingga empat meter semasa proses naik taraf dijalankan.

Menurutnya, pihak syarikat telekomunikasi dan TNB perlu bekerjasama untuk mempercepatkan kerja-kerja naik taraf apabila pencawang elektrik juga perlu ditinggikan bagi mengelakkan bekalan elektrik terjejas semasa bah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI