fbpx

Bahan binaan dari tingkat 56 hempap kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah kereta yang rosak setelah dihempap bahan binaan tersebut.

KUALA LUMPUR – Bahan binaan dari tingkat 56 terjatuh lalu menghempap sebuah kereta yang diletakkan di bahu jalan di Jalan Ampang, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pemeriksaan di lokasi mendapati kejadian itu berlaku pada pukul 8.45 pagi.

“Kepingan staging dari tingkat 56 bangunan 80 tingkat yang sedang dalam pembinaan berhampiran lokasi kejadian jatuh menimpa kereta Toyota Vios yang diletakkan di hadapan kedai serbaneka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Noor Dellhan, semasa kejadian, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berikutan pemilik kereta itu berada di dalam kedai serbaneka,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI