fbpx

Ada calon UMNO burukkan parti sendiri semasa berkempen -Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika menyampaikan ucapan dasar di Dewan Merdeka, WTC, Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapat calon daripada parti itu cuba memburukkan UMNO semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Menurut beliau, semasa kempen diadakan calon tersebut telah mengatakan bahawa Barisan Nasional (BN) sebuah parti korup, parti sesat sehingga pelbagai nista dilemparkan.

Beliau berkata, kempen seperti itu telah dijadikan modal pihak pembangkang menyerang UMNO.

“Kini kepala kura-kura (calon memburukkan parti) muncul semula. Boleh juga saya menyebut, ‘poster boy’ perlu bertanggungjawab sepenuhnya, kerana beliau menjadi wajah hadapan parti dalam PRU15.

“Jika ini hendak dijadikan polemik, kita tidak akan bergerak ke hadapan. Kita akan terus mencari-cari kesalahan. Maka dengan sebab itu, jangan kita nafikan usaha-usaha parti, dalam menghadapi pilihan raya umum, telah dibuat sebaik mungkin,” katanya pada Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI