fbpx

[VIDEO] Murid tahun 3 saman guru KAFA RM410,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Azlina (kanan) berbincang dengan peguamnya, Mohd. Hazwan (tengah) tentang writ saman sivil yang difailkan terhadap guru KAFA anaknya di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang murid tahun tiga yang patah kaki kanan pada enam bulan lalu memfailkan saman sivil terhadap guru kelas al-Quran dan fardu ain (KAFA) dia yang menyebabkan kecederaan tersebut.

Mangsa, Muhammad Izz Anaqi Mohd. Izwan, 10, ibunya, Nor Azlina Mohamad Yasin, 37, menuntut ganti rugi sebanyak RM410,000 terhadap guru KAFA tersebut, Ahmad Mursyidin Abdullah, 38, dan Yayasan Islam Terengganu sebagai majikan defendan pertama.

Writ saman sivil berkenaan difailkan menerusi peguam, Mohd. Hazwan Hamidun dari Tetuan Rafaei & Co Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Berdasarkan penyataan tuntutan, defendan pertama didakwa telah menghempas mangsa ke atas kerusi pada pukul 3.30 petang, 6 Julai 2022.

Perbuatan tersebut dipercayai berpunca selepas Ahmad Mursyidi tidak berpuas hati melihat kanak-kanak lelaki berkenaan bermain dengan rakan-rakan lain di belakang bilik darjah.

Muhammad Izz Anaqi tidak dapat berjalan pulang ke rumah selepas kelas telah dirujuk sebuah klinik swasta yang mengesahkan kaki kanannya patah berdasarkan imbasan x-Ray.

Kosmo! 14 Julai lalu melaporkan seorang ibu mahu pembelaan terhadap anak lelakinya berusia sembilan tahun yang didakwa dicederakan defendan pertama hingga patah kaki sebelum membuat laporan polis pada 8 Julai tahun lalu.

Ahmad Mursyidin kemudiannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Marang pada 12 Oktober lalu atas pertuduhan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI