fbpx

Tempoh 5 tahun tidak cukup untuk Zahid perbaiki UMNO – Nurulhidayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurulhidayah.

PETALING JAYA – Tempoh hampir lima tahun tidak cukup untuk Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memperbaiki semula ‘kerosakan’ parti tersebut.

Anak perempuan presiden itu, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, 44, berkata, ketika tsunami politik pada tahun 2018, presiden dilantik ketika tidak mempunyai apa-apa jawatan dan kekuatan.

Jelasnya, selepas UMNO tidak lagi menjadi kerajaan dan bertukar menjadi pembangkang, amat sukar untuk bapanya untuk memulihkan kembali parti tersebut.

“Sebelum ini UMNO mewakili suara-suara kerajaan. Tetapi apabila bertukar menjadi pembangkang, lima tahun tidak cukup kerana sudah terbiasa dengan keselesaan sebelum ini.

“Bagi saya, kepimpinan bukan hanya bergantung kepada pemimpin, tetapi tanggungjawab seluruh sayap-sayap dan parti itu sendiri,” katanya ketika ditemui Kosmo!

Tambahnya, tiba masa untuk ‘duri dalam daging’ di dalam parti UMNO itu sendiri untuk ‘move on’ dan bersatu untuk mengukuhkan parti.

Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai Timbalan Ketua Bahagian UMNO Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Balar untuk merawat luka kekalahan dan pengkhianatan dalam parti, Nurulhidayah tidak menafikan bahawa ada ruang untuk Khairy ‘kembali’.

“Dia (Khairy) hanya perlukan sedikit sahaja lagi kesabaran kerana masanya akan tiba. Sedangkan orang yang ada kanser pun boleh sembuh apatah lagi ‘luka-luka’ sebegini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI