fbpx

Tanah runtuh: Bukit Larut ditutup sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan Bukit Larut di sini ditutup sepenuhnya kepada umum ekoran kejadian tanah runtuh pada pukul 3 petang tadi.

TAIPING – Kawasan Bukit Larut di sini ditutup sepenuhnya kepada umum ekoran kejadian tanah runtuh pada pukul 3 petang tadi.

Menurut kenyataan Pengurusan Bukit Larut, kejadian itu menyebabkan sebahagian kakitangan mereka yang dalam perjalanan turun terkandas di Kilometer (KM) 10 lokasi peranginan tersebut.

“Sebahagian kakitangan Pengurusan Bukit Larut yang terkandas dalam perjalanan turun dari stesen dan banglo penginapan di KM10 terpaksa menggunakan jalan pintas hutan untuk kembali ke kaki bukit.

“Kejadian tanah runtuh melibatkan kawasan-kawasan sebelum Watermelon hingga ke Pondok 1. Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah dimaklumkan untuk tindakan sewajarnya,” katanya hari ini.

Terdahulu, Pengurusan Bukit Larut memaklumkan, kejadian tanah runtuh turut berlaku di laluan jalan JKR sebelum Tea Garden Bukit Larut semalam.

Katanya, ekoran kejadian tanah runtuh tersebut, langkah keselamatan sementara telah diambil oleh pihak JKR dengan memasang plastik menutupi kawasan rebak bagi mengelak kesan hakisan berterusan.

“Kon-kon dan pita keselamatan juga telah dipasang bagi menandakan kawasan laluan yang terjejas,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI