fbpx

Suami Lee Min-jung tak mahir guna teknologi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE MIN-JUNG

SELEPAS 11 tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Lee Min-jung mendedahkan perangai pelik suaminya iaitu aktor Lee Byung-hun.

Perkara tersebut didedahkan dalam rancangan bual bicara Radio Star selepas dia menjadi tetamu istimewa dalam episod tersebut.

Min-jung mendedahkan, suaminya seorang lelaki ‘berusia’ yang tipikal apabila tidak pandai menggunakan aplikasi teksi dalam talian meskipun banyak perkara di dunia kini boleh didapati di hujung jari.

“Dia masih tiada idea jelas tentang penggunaan aplikasi dalam telefon pintar.

“Ada satu masa saya perlu menjalani penggambaran di luar bandar dan saya menghantar makanan ke rumah kami.

“Tiba-tiba dia sangat teruja dan terkejut bagaimana perkara tersebut boleh terjadi,” kongsinya.

Pelakon drama Boys Over Flowers itu turut mendedahkan dia pernah membuat tempahan teksi di Korea semasa menjalani penggambaran di Amerika Syarikat.

Pengacara dan tetamu jemputan lain tidak dapat menahan ketawa mendengar kisah lucu Min-jung tentang suami tersayang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI