fbpx

Singkir pengkhianat parti – Pemuda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur di sini hari ini. -Foto AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO Malaysia menyifatkan individu ‘pengkhianat’ dalam parti perlu disingkirkan daripada terus merosakkan institusi politik Melayu terbesar negara itu.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pengkhianat itu boleh disifatkan sebagai gunting dalam lipatan yang hanya mengutamakan diri sendiri jika dibandingkan dengan perjuangan parti.

“Pemuda tidak pernah berganjak untuk mempertahankan institusi kepimpinan parti tanpa rasa takut serta Pemuda tidak boleh bersikap hipokrit melambung pemimpin ketika menang, tetapi memijak lumat pemimpin ketika jatuh kecundang.

“Justeru Pemuda mendesak agar saki-baki pengkhianat parti yang selama ini menjadi ‘api dalam sekam’, ‘gunting dalam lipatan’ serta mengutamakan diri daripada parti agar disingkirkan terus daripada menjadi barah yang merosakakan parti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI