fbpx

Sindiket penipuan beroperasi di resort Langkawi tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian warga asing yang ditahan kerana dipercayai menjalankan sindiket penipuan dalam talian di sebuah resort yang tidak beroperasi di Langkawi, hari ini.

LANGKAWI – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan dalam talian yang berpangkalan di pulau peranginan ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, sindiket yang dipercayai didalangi warga China itu turut merekrut warga tempatan bagi menjalankan kegiatan itu.

Menurutnya, serbuan tersebut dilakukan serentak di tiga buah resort di sekitar pulau ini yang dipercayai tidak beroperasi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Hasil siasatan awal terhadap rakyat Malaysia yang ditahan dalam operasi ini mendapati mereka dibayar sehingga RM3,000 sebulan dengan komisen sebanyak RM15 bagi setiap orang yang berjaya direkrut.

“Seramai 30 warga asing terdiri daripada 27 warga China, dua Thailand, seorang warga Myanmar serta 134 orang warganegara ini ditahan dalam serbuan tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Jalan Lubuk Semilang di sini hari ini.

Beliau menyatakan, JIM turut merampas 756 telefon bimbit, 150 komputer dan komputer riba serta pelbagai peralatan elektronik lain yang digunakan dalam kegiatan tersebut.

Jelasnya, berdasarkan siasatan awal sindiket yang beroperasi hampir setahun itu dipercayai menjadikan resort tersebut sebagai pusat operasi dan tempat untuk melatih anggota-anggota baharu sebagai operator kegiatan tersebut.

“Sebanyak 17 pasport warga China telah dirampas dan semakan mendapati mereka menggunakan pasport baharu yang tidak mempunyai rekod perjalanan selain menggunakan pas rawatan perubatan manakala selebihnya tidak mempunyai dokumen sah,” ujarnya.

Kesemua warga asing terbabit disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966 manakala kesemua warga Malaysia itu akan diberikan Borang 29 dan ditahan untuk siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI