fbpx

Peminat ajak Aeril Zafrel nikah di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AERIL ZAFREL & WAWA ZAINAL

SUSULAN kontroversi pernikahan kedua pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof dengan Ira Kazar di Thailand, Aeril Zafrel turut disoal pengikut laman sosialnya sama ada mahu bernikah lain.

Aeril bagaimanapun memberi balasan secara gurauan di hadapan isterinya, Wawa Zainal dengan mengatakan tiada sesiapa mahukan dirinya.

Namun Wawa yang mendengar jawapan tersebut terus memberi amaran kepada suaminya supaya jangan buka ruang kepada orang ketiga atau penyondol cari peluang.

“Korang ni tak habis-habis cakap pasal kahwin, kahwin, kahwin. Awak jangan mengundang ya Aeril. Nanti ada penyondol-penyondol dengar macam mana?” kata Wawa.

Begitupun, Aeril yang dikenali sebagai suami mithali meminta Wawa bertenang kerana dia tidak mempunyai pasport untuk ke luar negara (tujuan bernikah).

Lebih gamat apabila seorang peminat secara terang-terangan mengajak bapa kepada empat cahaya mata itu bernikah di Thailand.

Menyedari isterinya nampak sedikit beremosi mendengar gurauan sedemikian, Aeiril dengan segera meminta Wawa bertenang.

Kelakar pula Mizz Lahar tengok cara pasangan itu bergurau. Jangan risau Wawa, Aeril ni memang ada ciri lelaki setia.

Mizz Lahar: Tunggu sepasang lagi selebriti naik pelamin nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI