fbpx

Pemandu lori tertua Britain berumur 90 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wilson memulakan karier tersebut sejak 1953. – SWNS

LONDON – Seorang lelaki digelar pemandu lori paling tua di Britain mendedahkan akan meneruskan pekerjaannya untuk setahun lagi selepas lulus pemeriksaan kesihatan tahunan Pengukuran, Pemerhatian dan Ujian (MOT), lapor akhbar The Sun semalam.

Brian Wilson masih mampu bekerja mengikut jadual penuh dan bangun seawal pukul 4 pagi untuk memulakan tugasnya meskipun telah berusia 90 tahun.

Bapa kepada empat anak itu melakukan syif 12 jam, selama 70 tahun selepas dia memulakan karier tersebut iaitu memandu treler minyak petrol untuk syarikat Esso sejak 1953.

Wilson yang berasal dari Yorkshire, England, perlu menjalani pemeriksaan kesihatan penuh setiap tahun bagi mengekalkan lesen memandunya.

Dia juga telah memandu berjuta-juta kilometer sepanjang kariernya selama tujuh dekad itu.

Meskipun begitu, Wilson tidak pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan hanya bercuti 50 tahun lalu ketika kakinya patah. Ia membuatkan dia tidak dapat memandu selama tujuh minggu.

“Saya bekerja setiap hari dan pada minggu ini, mungkin saya telah bekerja melebihi 40 jam.

“Saya bekerja untuk diri sendiri dan tidak akan melakukan begini jika bekerja untuk orang lain. Saya sudah terbiasa melakukan kerja ini dan tetap meneruskannya,” katanya.

Wilson bagaimanapun mengakui dia sedang mempertimbangkan rancangan untuk bersara pada tahun depan.

Dia berhasrat untuk berpindah ke Thailand bersama isterinya, Mavis, 89, untuk menetap bersama salah seorang anaknya yang menjalankan perniagaan di negara itu. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI