fbpx

Majlis khas rai persaraan Goh Liu Ying

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIU YING mengumumkan persaraan pada usia 34 selepas 15 tahun mengharumkan nama negara. - BADMINTON PHOTO

SATU majlis khas bakal diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil Sabtu ini sebagai tanda penghargaan kepada pemain beregu campuran negara, Goh Liu Ying yang sudah menggantung raket semalam.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Kenny Goh mengesahkan perkara itu dan majlis ringkas tersebut akan berlangsung sebelum separuh akhir kejohanan Terbuka Malaysia 2023 bermula.

Beliau berkata, satu perlawanan pertunjukan turut dirancang pada majlis tersebut selain menjemput penyokong-penyokong untuk hadir memeriahkan majlis penghargaan buat pemain berusia 34 tahun itu.

“Majlis ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan Liu Ying yang sudah mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa sepanjang kariernya dan kami juga merancang untuk mengadakan perlawanan pertunjukan pada majlis tersebut.

“Akan ada jemputan daripada kalangan pemain serta teman rapat Liu Ying. Justeru, saya menyeru kepada peminat badminton tempatan untuk hadir beramai-ramai ke stadium nanti,” katanya.

Untuk rekod, pencapaian terbesar Liu Ying bergelar pemain adalah ketika merangkul pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 buat kontinjen Malaysia ketika bergandingan dengan Chan Peng Soon.

Pemain kelahiran Melaka itu kembali bergandingan dengan Peng Soon pada penampilan terakhirnya di Terbuka Malaysia 2023, namun tewas kepada beregu Indonesia, Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati di pusingan pertama semalam.

Sepanjang bergandingan dengan Peng Soon sejak 15 tahun lalu, Liu Ying berjaya memenangi 12 gelaran termasuk menjadi juara Asia 2010 dan Terbuka Jepun 2012 selain muncul naib juara Terbuka Malaysia (2013 & 2016) serta Seluruh England 2017. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI