fbpx

‘Kuota 30 peratus kepada Wanita UMNO perlu ditunaikan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini.

KUALA LUMPUR – Wanita UMNO akan terus mendesak pucuk pimpinan tertinggi parti itu mengotakan janji untuk memberikan kuota 30 peratus terutamanya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ini kerana kata Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad, setakat ini penglibatan tertinggi Wanita UMNO adalah pada PRN Johor tahun lalu yang menyaksikan mereka mendapat kuota sebanyak 25 peratus.

Beliau berkata, perjuangan menuntut kuota itu bukan perkara baharu, malah ia diperjuangkan sejak pimpinan terdahulu pergerakan terbabit.

“Kita ada ramai calon, termasuk calon (memiliki) diploma, ada Sarjana pun ramai, Doktor Falsafah (PhD) pun ramai, profesional juga ramai.

“Siapa kata wanita tak cukup calon? Calon-calon wanita kalau kita ketengahkan, takut yang lain pula yang nampak tak munasabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan sempena Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Noraini berkata, pihaknya akan meminta ‘bantuan’ wakil Majlis Kerja Tertinggi yang hadir pada perhimpunan itu untuk menjadi pendesak kepada pimpinan parti supaya kuota 30 peratus dapat direalisasikan.

“Kita akan terus konsisten memperjuangkan pembabitan wanita sehingga kuota minimum 30 peratus ini berjaya dan dalam PRN akan datang, mesti ada jumlah sekurang-kurangnya 30 peratus calon wanita di enam negeri ini,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI