fbpx

Jurulatih tampar dua pemain dibatalkan lesen jurulatih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian dua murid sekolah ditampar oleh individu dipercayai jurulatih pasukan bola tampar baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Jurulatih bola tampar yang terlibat dalam insiden menampar dua pemain semasa Kejohanan Bola Tampar Bawah 14 Tahun di Kota Tinggi, Johor sehingga tular di media sosial baru-baru ini, dibatalkan lesen jurulatihnya.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, keputusan tersebut dibuat Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) melalui Jawatankuasa Perundangan dan Disiplin persatuan berkenaan.

Menurutnya, sebagai langkah awal, jurulatih sukan tersebut yang juga merupakan seorang guru tidak lagi dibenarkan menjadi jurulatih sukan tersebut termasuk jurulatih untuk murid sekolah.

Kata Hannah, jurulatih itu yang juga merupakan seorang guru telah ditarik semula Sijil Kejurulatihan Bola Tampar Tahap 1 (Sukan Spesifik) oleh MAVA, malah belum pernah membuat permohonan lesen kejurulatihan Skim Perlesenan Kejurulatihan Kebangsaan (SLKK) sebagai pengiktirafan Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK).

“Majlis Sukan Negara dan MAVA kedua-duanya telah memuktamadkan siasatan mereka yang mana secara sebulat suara memutuskan bahawa jurulatih itu sepatutnya hilang kelayakan daripada menjadi seorang jurulatih.

“Insiden itu telah membuka mata bahawa terdapat keperluan untuk mewajibkan semua jurulatih kepada murid sekolah menjadi sebahagian daripada SLKK dan SPKK,” katanya menerusi sidang akhbar bersama Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di Menara KBS hari ini.

Mengulas lanjut, Hannah berkata, KBS juga telah mengarahkan Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) di bawah Institut Sukan Negara (ISN) untuk memastikan pelaksanaan peraturan yang mewajibkan setiap jurulatih memperbaharui lesen kejurulatihan diperoleh sebagai pengiktirafan SPKK setiap dua tahun.

Katanya, ia bertujuan memastikan jurulatih sukan di negara Malaysia sentiasa dipantau perkembangan serta keaktifan karier kejurulatihan mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI