fbpx

Jualan penstriman langsung kini jadi jadi trend popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ninja Van membuat tinjauan tentang trend jualan semasa e-dagang sebagai usaha untuk mempertingkatkan lagi operasi perniagaannya.

PETALING JAYA – Trend jualan secara penstriman langsung semakin menguasai pasaran semasa bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di rantau Asia Tenggara, demikian menurut Ninja Van melalui kertas putih pertama yang disiarkan semalam.

Aktiviti jualan penstriman langsung lebih tinggi dicatat di Singapura dengan jumlah peratusan 17 peratus, Indonesia sebanyak 23 peratus, manakala ­Vietnam 27 peratus.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Pembolehan, Ninja Van Group, Winston Seow berkata, pertambahan bilangan platform jualan penstriman langsung menunjukkan ia adalah trend baharu yang membentuk masa depan e-dagang dan kini menjadi tumpuan para penjual.

Menurut beliau, kira-kira 40 peratus penjual di Malaysia menjalankan penstriman langsung setiap hari.

“Jualan penstriman langsung adalah satu taktik pemasaran yang menarik bagi penjual e-dagang.

“Ia juga satu-satunya kaedah yang mampu mempercepatkan perjalanan ke arah pembelian iaitu daripada peringkat kesedaran terus ke arah membuat keputusan untuk membeli.

“Ia juga akan membina hubu­ngan baik antara penjual de­ngan pelanggan mereka, sama ada pelanggan baharu mahupun pe­langgan sedia ada,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Menurut kertas putih tersebut, satu daripada tiga penjual e-dagang di Asia Tenggara yang ditinjau kini menjalankan jualan penstriman langsung, memanfaatkan masa sehingga enam jam seminggu.

Kebanyakan pengguna awal jualan tersebut terdiri daripada kategori fesyen, kecantikan dan penjagaan peribadi, makanan dan minuman serta produk kelengkapan rumah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI