fbpx

Ibu Chef Wan, Che Ani meninggal dunia 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Ani meninggal dunia selepas 10 hari bertarung nyawa di Hospital Gleneagles, Ampang

PETALING JAYA – Ibu kepada cef selebriti, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan meninggal dunia sekitar pukul 6.20 pagi tadi.

Khabar duka tersebut dikongsikan Chef Wan dalam hantaran Instagramnya yang kehilangan ibunya, Noraini Abdullah atau lebih mesra dikenali sebagai Che Ani selepas 10 hari bertarung nyawa di Hospital Gleneagles, Ampang, Kuala Lumpur.

“Ibu kesayangan saya telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.20 pagi di Hospital Gleneagles.

“Semoga rohnya tenang, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan bersama orang beriman,” katanya.

Allahyarham dimasukkan ke hospital akibat kanser dan beberapa komplikasi penyakit seperti Alzheimer dan demensia.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Putra, Putrajaya dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cyber 10, Cyberjaya.

“Jenazah akan dibawa ke Masjid Putra Putrajaya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Cyber 10.

“Terima kasih atas ucapan dan doa daripada kalian buat ibu saya, al-Fatihah,” tambahnya.

Dalam pada itu, beberapa rakan artis meninggalkan komen ucapan takziah berserta doa untuk kesejahteraan Allahyarham.

“Salam takziah Datuk. Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah, ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh,” tulis Alif Satar.

“Al-Fatihah. Salam takziah Datuk. Teringat senda gurau Datuk dengan ibu. Semoga disatukan semula di syurga,” ujar Haiza Hanafi.

Sebelum ini, Chef Wan menerusi hantaran Instagram ingin membawa ibunya pulang ke rumah selepas mendapatkan nasihat daripada doktor.

Namun, hajatnya terpaksa dibatalkan apabila dia tidak yakin dapat menjaga ibunya dengan baik kerana melihatkan penjagaan rapi yang dilakukan oleh pihak hospital. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI