fbpx

Fokus formula kemenangan bukan logo parti – Amirudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin melihat aktiviti kanak-kanak istimewa selepas merasmikan Pusat Prasekolah ANIS di Seksyen 7, Shah Alam. -Foto SADDAM YUSOFF

SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) Selangor hanya memfokuskan formula kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) berbanding isu mengekalkan logo parti politik.

Pengerusinya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya akan melakukan perbincangan terperinci terutama berkaitan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN).

Jelas beliau, PH sememangnya bersikap terbuka termasuk melibatkan penggunaan logo parti masing-masing.

“Isu itu (kekal logo) hanya benda kecil kerana apa yang penting adalah formula kemenangan kita yang data dan angka yang menuju ke arah itu namun bukannya bersifat sentimental,” katanya selepas merasmikan Pusat Prasekolah Anak Istimewa Selangor (AnIS) di Seksyen 7 di sini, hari ini.

Semalam, UMNO memberi bayangan akan bertanding bersama PH (PH) dalam enam PRN akan datang namun memilih untuk kekal menggunakan logo BN.

Dalam pada itu, tambah Amirudin, pihaknya akan memuktamadkan keputusan termasuk berkaitan pembahagian kerusi sebelum melakukan perbincangan lebih terperinci mengenainya.

Dalam pada itu, beliau yang merupakan Menteri Besar Selangor memaklumkan kerajaan negeri optimis mampu memperoleh kutipan hasil negeri berjumlah RM2 bilion yang disasarkan pada tahun ini.

“Selain itu, kita berharap projek tebatan banjir di Selangor yang masih giat dijalankan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri ketika ini dapat dipercepatkan sejak dilancarkan bermula bulan ini.

“Ini termasuk proses pendalaman Sungai Langat Fasa Dua, Sungai Damansara dan sebagainya,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI