fbpx

Dua ahli perniagaan didakwa tuntutan palsu Penjana Perkeso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Asyraf ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini

SHAH ALAM – Dua ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu bagi menuntut insentif Program Penjana Kerjaya 2.0 Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berjumlah keseluruhan RM756,980, dua tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Aliff Abdul Rashid, 36, dan Muhammad Asyraf Omar, 31, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Muhammad Aliff didakwa enam pertuduhan menuntut insentif Program Penjana Kerjaya 2.0 bernilai RM714,800 sementara Muhammad Asyraf pula didakwa satu pertuduhan bagi tujuan sama dengan nilai RM42,800.

Dokumen palsu itu diberikan kepada tiga pegawai Perkeso yang berlainan di pejabat Perkeso di Rawang dan Petaling Jaya antara 22 Mac hingga 14 September 2021.

Sabit kesalahan bagi setiap pertuduhan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau butir matan palsu atau RM10,000 mana lebih tinggi mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan diboleh dihukum dibawah Seksyen 24(2) akta sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Muaz Ahmad Khairuddin manakala Peguam Ahmad Naqib Azhar mewakili Muhammad Aliff sementara Muhammad Asyraf tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan jaminan RM50,000 kepada Muhammad Alif dan Muhammad Asyraf sebanyak RM5,000 selain melaporkan diri di pejabat SPRM berhampiran kediaman mereka setiap awal bulan.

Sebutan semula kes ditetapkan 13 dan 23 Februari depan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI