fbpx

Data terbuka mesra pengguna penting untuk pacu ekonomi negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi ketika melancarkan 'OpenDOSM NextGen' di Jabatan Perangkaan Malaysia, Putrajaya di sini, hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kerajaan akan terus memastikan rakyat dapat bebas merujuk data rasmi pelbagai agensi yang tidak pun diklasifikasikan sebagai rahsia selain boleh diakses dengan mudah.

Berita gembira berkenaan antara jaminan disuarakan oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sebagai mengulas perkembangan bidang statistik sejagat yang dikongsi luas pengguna.

Beliau memberi contoh kejayaan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini yang mampu mewujudkan laman statistik amat mesra pengguna dengan kepelbagaian tema data.

“Insya-Allah, saya komited memastikan usaha perkongsian data antara pelbagai jabatan dan kementerian akan memudahkan rakyat cari maklumat,” katanya pada satu sidang akhbar hari ini.

Terdahulu, beliau melancarkan laman versi baharu OpenDOSM NextGen yang diterbitkan oleh DOSM dengan disaksikan Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin di sini.

Ia merupakan hasil inovasi dan pemodenan berterusan dibuat agensi itu yang menyasarkan pemerkasaan penglibatan rakyat dalam budaya penerokaan data terbuka lebih luas.

Laman kali ini malah memaparkan lapan tema utama yang sering kali dijadikan carian antaranya data buruh, ekonomi, harga barang, akaun negara dan kesihatan isu Covid-19.

Uniknya, OpenDOSM NextGen dibangunkan sepenuhnya menggunakan perisian sumber terbuka Python, Nec=xtJS dan Django berdasarkan pelan induk diperkenalkan pada 2004.

Mengulas lanjut, Rafizi berharap, kemudahan disediakan itu dimanfaatkan sebaik mungkin bukan sahaja oleh saintis data atau pelajar statistik, malah orang awam yang minat data.

“Sekarang, pelaporan perangkaan bukan lagi bersifat kaku tetapi boleh dimuat naik dan selaras masa sebenar kerana rakyat amat memerlukan data ada nilai kredibiliti,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau yakin usaha dilaksanakan jabatan itu baru di peringkat permulaan dan selepas ini lebih banyak data dapat disebarluaskan sejajar imej konsep kerajaan terbuka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI