fbpx

Bumi Mekah tandus bertukar hijau selepas hujan lebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandangan hijau di Arab Saudi selepas Mekah dilanda hujan lebat beberapa minggu. – Twitter

MEKAH – Gunung-ganang di kota suci Mekah dan kawasan sekitarnya  bertukar menjadi hijau selepas dilanda hujan lebat dan banjir kilat selama beberapa minggu, lapor laman berita Middle East Monitor.

Beberapa klip video dikongsikan Agensi Berita Saudi (SPA) baru-baru ini menunjukkan kesan daripada hujan lebat berterusan di Mekah ke atas bukit-bukit dan gunung-ganang di sekitarnya.

Beberapa kawasan di Arab Saudi menyaksikan landskap muka bumi tandus berubah menjadi kehijauan terutamanya di barat negara itu.

Tumbuh-tumbuhan yang menghijau disebabkan kesan cuaca panas dan hujan telah dirakam menerusi imej satelit yang dikongsikan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).

Imej dan video tersebut tular di laman-laman media sosial dengan ramai pengguna meluahkan rasa terkejut melihat pemandangan itu.

Ada antara mereka yang mengaitkan situasi tersebut dengan tanda-tanda kedatangan hari kiamat.

Bagaimanapun, ada juga antara pengguna yang menjelaskan bahawa fenomena tersebut hanyalah sementara dan pernah berlaku sebelum ini. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI