fbpx

Boleh ‘U-turn’ atau tak?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua papan tanda pusingan U yang berlainan di persimpangan Persiaran Jubli Perak, Seksyen 17, Shah Alam.

SHAH ALAM – Dua papan tanda pusingan U yang berlainan di Persiaran Jubli Perak berhadapan pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, Seksyen 17 di sini menimbulkan kekeliruan para pengguna jalan raya.

Ini berikutan terdapat papan tanda pada awalnya dibenarkan membuat pusingan U manakala kira-kira lima meter kemudian tidak dibenarkan pula selepas dipercayai pemasangan lampu isyarat di persimpangan berkenaan.

Seorang penduduk, Haris Abdul Hasan, 40 berkata, sepatutnya Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) lebih peka bagi mengelakkan sebarang isu dan kekeliruan kepada pengguna di laluan tersebut.

Katanya, dia memuji tindakan MBSA memasang lampu isyarat di persimpangan tersebut bagi memudahkan dan menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

“Namun pelik kenapa dua papan tanda u-turn berada di situ seolah-olah ‘membenarkan’ pengguna membuat pilihan sendiri.

“Kita bimbang sekiranya pengguna lebih memilih membuat pusingan U walaupun difahamkan lokasi itu kini sudah tidak dibenarkan berbuat demikian,” katanya ketika ditemui di Seksyen 17, hari ini.

Jelas seorang lagi penduduk, Hasnah Amira, 27, berkata, sudah beberapa kali kemalangan berlaku di lokaliti itu sebelum pemasangan lampu isyarat tersebut.

“Rasa adalah lebih baik MBSA menurunkan cepat kerana ramai yang masih membuat pusingan U di persimpangan berkenaan.

“Baru-baru ini berlaku kemalangan antara kereta dengan sebuah motosikal yang membuat pusingan di situ,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI