fbpx

Artis jangan buat kerja netizen – Nabila Razali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NABILA bagaimanapun sudah memaafkan Atu Zero yang pernah menyindirnya tidak boleh menyanyi live baru-baru ini. Foto - AFIQ RAZALI

KUALA LUMPUR – Kesal dengan tindakan pelawak Atu Zero yang menyindirnya tidak boleh menyanyi secara langsung (live), penyanyi Nabila Razali menganggap perkara sebegitu tidak sepatunya berlaku.

Nabila, 30, berkata, apa yang dilakukan pelawak itu seolah-olah mengajak orang ramai terus membuli dirinya dengan isu berkenaan.

Tambahnya, dia sudah biasa menerima kecaman daripada netizen tetapi bukan daripada rakan selebriti.

“Sebenarnya bukan satu isu besar sebab saya dah biasa dengan kecaman netizen. Cuma saya terkejut bila perbuatan itu datang daripada rakan industri yang cari periuk nasi yang sama.

“Sepatutnya kerja-kerja macam itu biar netizen yang buat. Kita sebagai selebriti kena jadi contoh yang baik.

“Bila ikon sendiri yang buat seperti membenarkan netizen untuk menganggap perkara sebegitu (buli) bukan satu masalah dan boleh lakukannya,” ujarnya.

NABILA tampil dengan lagu duet baharu bersama Khai Bahar berjudul Selagi Ku Ada.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Peluang Kedua itu berkata, dia sudah memaafkan pelawak itu dan enggan isu tersebut terus berpanjangan.

“Ketika itu memang saya terasa hati tapi saya sudah ‘move on’. Saya sudah maafkan dia dan semua yang menghina saya selama ini.

“Saya dah letak isu itu jauh dan tidak mahu fikir lagi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nabila turut mengakui kejadian terkucil ketika menyanyi live sehingga dikecam hebat dua tahun lalu memberi kesan yang sangat mendalam buat dirinya.

Tambahnya, dia kini dalam proses mengembalikan keyakinan untuk berdiri di atas pentas seperti sebelum ini.

“Secara jujurnya saya masih ada trauma untuk menyanyi secara live selepas kes dua tahun lalu. Syukur saya ada kawan-kawan selebriti yang lain sentiasa bagi sokongan. Selain itu, cikgu vokal sentiasa bagi semangat dan pastikan saya buat yang terbaik.

“Mungkin saya bukan seperti penyanyi lain yang cepat belajar, saya ambil masa panjang sikit untuk perbaiki kesilapan,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu duet berjudul Selagi Ku Ada bersama Khai Bahar di Dadi Cinema, semalam.

Sebelum ini, viral video pelawak Atu Zero menyindir Nabila tidak boleh menyanyi secara live dalam rakaman program The Masked Singer Malaysia musim ketiga.

Atu menganggap kenyataan yang dilakukan itu bukan jenaka sebaliknya perkara betul dan meminta supaya pelakon drama Kerana Cinta Itu Ada berkenaan lebih bersemangat memperbaiki diri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI