fbpx

Anwar menghadap Sultan Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kiri) menghadap Sultan Terengganu di Istana Syarqiyyah di Kuala Terengganu hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuat naik gambar beliau menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin hari di Istana Syarqiyyah hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sesi menghadap Sultan Terengganu itu adalah bersempena lawatan kerja beliau ke Kuala Terengganu.

“Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah atas perkenan menerima patik menghadap di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

*Mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala semoga Duli Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Sultan Mizan hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri di Istana Syarqiyyah di Kuala Terengganu.

Kenderaan Proton Perdana yang membawa Anwar dilihat masuk ke perkarangan Istana Syarqiyyah pada pukuk 10.27 pagi dan meninggalkan istana kira-kira sejam kemudian.

Sesi menghadap Sultan Mizan itu yang pertama buat Anwar sejak Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dilantik sebagai Perdana Menteri pada November tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI