fbpx

Anak-anak Gaza raikan hari lahir ke-44 Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEBIH kurang 60 kanak-kanak di Gaza, Palestin yang bersekolah di tadika Afwa Al Aafiyah meraikan sambutan hari lahir Siti ke-44 semalam.

PETALING JAYA – Sambutan ulang tahun kelahiran penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang ke-44 tahun semalam cukup bermakna apabila turut diraikan oleh sekumpulan anak-anak Gaza di Palestin.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri Siti menerusi sebuah video dalam Instagram miliknya memaparkan rakaman aksi comel kanak-kanak di situ teruja menyanyi dan bertepuk tangan sewaktu menanti kek dipotong.

Sambutan dan tanda ingatan daripada anak-anak istimewa di sana yang sudah dianggap sebagai anaknya sendiri membuatkan pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu itu berasa sayu.

“Alhamdulillah, anak-anak saya di Gaza meraikan hari lahir saya. Seramai lebih kurang 60 orang anak-anak ini yang belajar di sekolah atau tadika Afwa Al Aafiyah.

“Sayunya hati saya. Ya Allah, lindungilah mereka semua di sana. Amin Ya Rabb,” titipnya.

Dalam video dikongsikan Siti, kelihatan dekorasi di tadika tersebut dipenuhi gambar-gambar penyanyi popular itu dan keluarga kecilnya.

Sementara itu, ruangan komen dalam hantaran penyanyi kelahiran Pahang itu dipenuhi dengan pelbagai respons daripada netizen yang rata-ratanya kagum dengan Siti yang sentiasa mencari saham akhirat dan tidak sombong biarpun dirinya bertaraf seorang diva.

“Hebat insan yang bernama Datuk Siti, patut menjadi contoh buat artis lain, sentiasa rendah diri dan berusaha mencarisaham akhirat kerana dia tahu itulah yang akan dibawa ke hari pengadilan kelak,” komen seorang peminat.

“Selamat hari lahir Siti, wanita yang sangat mulia, berusaha berbekalkan bakat sehingga mampu membantu ramai orang namun dirinya sentiasa bersih daripada kontroversi murahan, artis contoh,” komen seorang lagi peminat.

Pertengahan tahun lalu, Siti mendedahkan beliau dan Khalid membuka sekolah tersebut yang diuruskan oleh sahabat suaminya yang menetap di sana. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI