fbpx

[VIDEO] Ahmad Zahid bagitahu KJ ‘ready to fight’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video Ahmad Zahid ketika bersalaman dengan Khairy di WTC Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Hanya ucapan ringkas “Ready to fight” diucapkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika bersalaman dengan Timbalan Ketua UMNO bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Melalui satu video yang dimuat naik melalui Instagram Khairy Jamaluddin, Timbalan Perdana Menteri itu mengucapkan perkataan ringkas tersebut ketika bersalaman dengan bekas Menteri Kesihatan semasa hadir pada Perhimpunan Agong UMNO 2022 (PAU2022) semalam.

“Ready to fight (sedia untuk berlawan),” jelas Ahmad Zahid ringkas.

Ucapan itu dipercayai diucapkan selepas bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mengeluarkan kenyataan menyifatkan tindakan 126 ketua bahagian yang inginkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertanding dalam pemilihan parti sebagai suatu ‘kegilaan’.

Jelasnya, tiada mana-mana individu yang wajar membenarkan demokrasi dalam UMNO dimatikan.

“Hentikan kegilaan ini. Saya rasa presiden seorang pejuang yang tidak gentar menghadapi pencabar. Buka ruang pertandingan.

“Jangan mati demokrasi dalam UMNO, apakah para perwakilan dan akar umbi tidak punya hak memilih ketua mereka,” katanya di Instagram rasminya semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI