fbpx

6 cedera ditikam lelaki Libya di Paris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis mengepung kawasan kejadian di stesen kereta api Gare du Nord, semalam. – Anadolu Agency

PARIS – Seorang lelaki Libya ditembak dan ditahan polis selepas dia menikam enam individu di stesen kereta api Gare du Nord, Paris,  kata beberapa sumber dan pegawai polis.

Gare du Nord merupakan sebuah hab pengangkutan yang sibuk di kota raya itu dan turut berfungsi sebagai lokasi perlepasan kereta api ke utara Perancis, London dan Eropah utara.

Polis mengklasifikasikan insiden awal semalam tersebut sebagai cubaan membunuh dan bukan serangan pengganas.

Motif penyerang masih tidak diketahui, namun sumber polis kemudian mengenal pasti suspek sebagai lelaki Libya berusia dalam lingkungan 20-an dan tertakluk di bawah perintah pengusiran.

Dia tiba di Perancis tiga tahun lalu dan mempunyai satu rekod jenayah lampau, kata seorang sumber.

Daripada kesemua enam mangsa, seorang daripada mereka  cedera parah. Serangan itu berlaku pada pukul 6.42 pagi (waktu tempatan),  manakala mangsa lain hanya cedera ringan, kata pendakwa raya.

Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin memberitahu pemberita bahawa insiden tersebut berakhir  dalam masa dua minit.

Penyerang dilaporkan menggunakan alat tajam dan bukannya pisau seperti yang dimaklumkan oleh polis sebelumnya.

Penyerang cedera parah di  dada dan lengan selepas ditembak oleh polis sebanyak tiga das sebelum dibawa ke hospital di mana suspek dilaporkan berada dalam keadaan tenat, kata Darmanin.

Menurutnya, polis yang campur tangan dalam kejadian itu merupakan anggota-anggota  tidak bertugas yang berpakaian awam. Mereka menggunakan senjata api masing-masing untuk menghentikan serangan.

“Ketika kejadian, anggota-anggota polis tersebut baru tamat bekerja serta dalam perjalanan pulang ke rumah dengan menaiki kereta api. Mereka dilengkapi senjata,” kata Darmanin. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI