fbpx

Tujuh bas pekerja termasuk kenderaan ‘scrap’ disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tujuh bas termasuk van kilang disita dalam Ops Bas Pekerja di sekitar kawasan Perindustrian Batu Kawan dan Bandar Cassia di Seberang Perai, semalam.

SEBERANG PERAI – Tujuh buah bas pekerja termasuk van kilang disita dalam satu operasi penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di sekitar kawasan Perindustrian Batu Kawan dan Bandar Cassia, di sini semalam.

Menurut JPJ negeri, operasi itu dilakukan secara berfokus terhadap kenderaan perkhidmatan awam (KPA) dengan tumpuan diberikan terhadap bas pekerja yang berfungsi sebagai pengangkutan awam utama untuk operator pengeluaran.

Jelasnya, daripada tujuh kenderaan yang disita, tiga daripadanya didapati dipandu oleh warga asing, manakala sebuah kenderaan lagi dikesan berstatus lupus dan ‘scrap’.

“Antara kesalahan lain adalah tiada lesen memandu (biasa) dan Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV), Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans selain menyalahgunakan LKM iaitu menggunakan van persendirian untuk membawa penumpang.

“Turut dikesan adalah beberapa kesalahan teknikal seperti tayar haus berlebihan, lampu isyarat dan brek tidak berfungsi serta tidak menyelenggarakan kenderaan dengan baik,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambah kenyataan tersebut, seramai 10 warga asing turut ditahan Jabatan Imigresen Pulau Pinang yang turut serta dalam operasi tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI