fbpx

Taklimat khas Presiden UMNO petang ini – Ahmad Maslan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (berdiri, tengah) bergambar bersama pengamal media selepas merasmkian Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO di WTC Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Satu taklimat khas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama perwakilan parti itu akan berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini petang ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, bagaimanapun sesi taklimat kira-kira pukul 2.30 petang dilakukan secara tertutup bersama kira-kira 3,000 perwakilan parti terbabit.

Jelas Ahmad, taklimat tersebut antara pembaharuan yang akan dilaksanakan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 kali ini.

“Fokus utama taklimat memahamkan dan memaklumkan (perwakilan) yang hadir mengenai Kerajaan Perpaduan dan mengapa kita berada dalam Kerajaan Perpaduan.

“Saya dan Presiden akan terlibat pada taklimat khas petang ini,” katanya pada perasmian Laman Media sempena PAU 2020 di WTC hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, selain itu terdapat beberapa lagi pembaharuan pada PAU 2022 kali ini antaranya semua ketua penerangan sayap parti itu dijemput menjadi pemerhati dalam perhimpunan kali ini.

Ujar beliau, semua ketua penerangan di 191 bahagian dijemput menjadi pemerhati pada PAU 2022.

“Ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat secara terus seperti ucapan dasar ketua sayap, ucapan perasmian timbalan presiden dan ucapan presiden untuk disampaikan kembali kepada akar umbi.

Dalam pada itu, Ahmad Maslan berkata, perhimpunan kali ini juga tidak melibatkan wakil luar atau mana-mana wakil parti kerajaan perpaduan selain daripada Barisan Nasional (BN). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI