fbpx

Syasya impi slot ke Piala Dunia Menembak di Jakarta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYASYA memasang impian untuk menyertai kejohanan Piala Dunia Menembak di Jakarta, Indonesia yang berlangsung pada 27 Januari ini.

PENEMBAK kebangsaan, Nurul Syasya Nadiah Mohd. Ariffin bertekad mahu memperoleh keputusan terbaik pada Kejohanan Menembak Kebangsaan di Subang pada hujung minggu ini sebelum menyertai Piala Dunia Menembak 2023 yang akan berlangsung di Indonesia pada 27 Januari hingga 7 Februari depan.

Syasya yang mencipta kejutan memenangi pingat emas 10 meter (m) air pistol wanita pada penampilan sulung pada Sukan SEA Vietnam di Hanoi tahun lalu mahu menggunakan kejohanan pembukan tirai di Subang sebagai aksi pemanas badan.

Tegasnya, dia akan perbaiki bidikannya terutama acara kegemarannya iaitu 10m air pistol sebelum memburu tempat ke Jakarta nanti.

“Ketika ini saya hanya menjalani latihan agar bidikan saya lebih kemas dan memastikan pungutan mata saya juga lebih baik berbanding tahun lalu.

“Jadi saya akan gunakan kejohanan di Subang nanti sebagai aksi pemanas badan. Pada minggu ini saya akan gilap bidikan saya dalam acara 10m air pistol dan pastinnya mahu memenangi pingat di Malaysia.

“Apa pun, untuk meraih tempat ke Jakarta, ia bergantung kepada pencapaian dalam kejohanan minggu ini. Tetapi jika ada rezeki saya ingin ke sana untuk mengukur tahap kemampuan saya,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ketika ditanya mengenai azamnya pada musim 2023, penembak berusia 20 tahun berasal dari Batu Pahat, Johor itu menegaskan, fokusnya terarah kepada Sukan Asia.

“Pada tahun ini, saya harap dapat lebih banyak peluang menyertai kejohanan di peringkat antarabangsa agar saya dapat mengasah pengalaman dan tidak gugup bersaing dengan penembak berpengalaman dunia.

“Misi saya adalah ingin melakukan terbaik bersaing di temasya Sukan Asia di Hangzhou, China nanti,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI