fbpx

‘Rider’ tampal nota promosi lagu baru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar penyanyi baru, RMC Prethip mempromosikan lagu barunya dengan menampal sekeping nota pada beg menghantar makanan

PETALING JAYA – Seorang penyanyi berbangsa India tampil kreatif mempromosikan lagu barunya dengan cara menampal nota pada beg penghantar makanan.

Penyanyi tersebut yang dikenali sebagai RMC Prethip itu dipercayai turut bekerja sebagai penghantar makanan secara sambilan.

Gambar memaparkan penyanyi itu yang sedang membuat kerja menghantar makanan dengan nota berkenaan terlihat di sebelah kiri begnya turut tular di laman Twitter.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna memberi sokongan kepada RMC Prethip dengan menonton video muzik lagu terbaharunya itu di YouTube.

Selain itu, ada juga yang memuji usaha penyanyi itu dalam mempromosikan lagunya.

“Mantap lagu dia dan motosikal yang sama digunakan dalam video klip itu. Harap berjaya dalam dunia nyanyian dan dapat banyak ‘order’ Foodpanda,” kata Muhammad Najib.

“Saya tonton video ini selepas lihat gambar kamu yang tular. Suka konsep lagu ini, selamat maju jaya kepada kamu,” kata Kanges.

“Sokongan dari Sarawak. Lagu ini sedap walaupun saya tak faham lirik, asalkan bahu saya bergerak-gerak, saya sangat sukakannya,” kata Sherryl.

Setakat ini, video klip lagu itu telah ditonton lebih 46,000 kali di YouTube dan mendapat 15,000 tanda suka. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI