fbpx

Ricciardo gembira tidak terima tawaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RICCIARDO hanya bertindak sebagai pelumba ketiga Red Bull musim baharu nanti selepas tidak ada tawaran untuk menjadikannya pelumba utama pasukan bersaing. – AFP

LONDON – Bekas pelumba McLaren, Daniel Ricciardo me­ng­a­­kui sangat gembira kerana tidak mendapat sebarang peluang untuk kekal bersaing dalam perlumbaan F1 musim baharu nanti.

Selepas melalui musim kedua bersama McLaren tahun lalu dengan aksi kurang memberangsangkan, pasukan berkenaan membuat keputusan untuk menamatkan kontraknya yang berbaki semusim lagi dengan membawa masuk Oscar Piastri.

Bagaimanapun, Ricciardo masih kekal dalam radar F1 apabila menandatangani kontrak sebagai pelumba simpanan bersama Red Bull Racing yang sedikit mengurangkan beban dan tekanannya.

Ekoran berdepan kesukaran ketika bersama McLaren musim lalu, Ricciardo mengakui ia adalah masa yang sesuai untuk dia berehat seketika selain tidak ada tawaran daripada pasukan-pasukan utama yang boleh menyebabkan dia sukar menolak­nya memberikan kelegaan.

“Ada beberapa kali dikaitkan dengan Ferrari, tetapi saya hampir kembali ke litar musim ini dengan tawaran daripada Guen­ther (Steiner, Ketua Pasukan Haas) seperti yang diperkatakan.

“Ia bukanlah mengenai jumlah panggilan telefon yang saya terima (memberikan tawaran), tetapi ia mengenai bagaimana saya sedar bahawa saya kekal dengan pendirian untuk tidak bersaing pada musim 2023.

“Jadi, saya gembira tidak ada tawaran daripada pasukan besar yang membuatkan saya sukar menolaknya sedangkan hakikatnya saya belum bersedia.

“Anda boleh menyebutnya sebagai kepenatan dan saya tidak takut untuk mengakuinya atau mengatakannya. Setiap orang pastinya mempunyai panda­ngan, namun secara peribadi saya hanya mengikut apa yang saya rasakan, saya tahu apa yang saya inginkan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI